Wednesday, December 15, 2010

Episod Kayangan...


Sambil membaca majalah PC di dalam bilik yang agak suram dan ditemani buny

i penghawa dingin, mataku tertarik pada jarum jam yang menunjukkan matahari telah berada terpacak di kepala. Terdetik di hati “ye, ye dah rehat.. sunat je” macam tidak makan sepuluh hari, sedangkan niatku dari semalam puasa hari asyura. Dah terbengkalai dek kelaparan.

Langkah ku atur laju menuju ke motosikal. Apalagi, vroom, vroom, sempat lagi ku mengajak kerani yang sedang asyik bersembang untuk keluar makan. Monolog ku sendirian, “makan tempat lain plak lah, asyik Tok Mek je, kayalah dia”.

Sampai di suatu tempat, kelihatan stesen minyak berlogokan kerang oren. Tempat ku bekerja jauh dari stesyen minyak, kasi isi penuh minyak. Keluar dari situ, mataku mencari gerai yang beratur di sepanjang jalan untuk ku singgah menjamah tengahari ku. Tiba-tiba terdengar bunyi nasyid, mataku memandang kepada sebuah kedai makan yang agak usang di sebelah kananku. Sebelum berhenti, sempat ku lihat periuk dan ‘tray’ yang disusun di atas meja, “wah banyak menu, oklah ni”.

Ku jejakan kaki ditanah, memandang tempat yang agak teduh dan redup untuk ‘parking’ motor ku ini. “Alamak takdelah tempat yang sempoi” rungut aku. langkah ku laju masuk ke kedai makan itu. Aku pun tak tau nak spesikasikan kedai ni sebagai gerai atau restoren.belasah je. Sampai je jejak ku ke kedai tu sambil memerhati lauk. Terdengar mak cik dalam lingkungan 40-an menegur,“nak menengok ke…, nak bungkus atau nak makan”. Terkedu aku, mungkin dia ingat aku nak ngorat anak dara dia kut. Alahai mak cik oi tak teringin pun aku, kot lah comel ke. Sambil berkata, “Saya cari tempat teduh mak cik tadi tu, nak letak motor, tu yang memandang sana-sini”. Alahai camtu plak dia ingat nak ngorat anak dia. Kalau maksudnya lain pun, adakah patut dia cakap kepada pelanggan yang sepatutnya dianggap raja dalam istilah ekonomi macam tu. Kasar.

Ku pandang sekeliling, dah terasa pelik sikit dalam hatiku.tak ku layan gusar hatiku. Tiga

pinggan diberikan padaku untuk mengisi nasi dan kerabu mempelam, ikan bakar dan sambalnya. Pelik. Memadai dua atau satu pinggan je….Wah, dah pecah air liur ni. Tak sabar nak makan. Hilang segala perkara pelik tadi.

Terpandang pada tempat yang ada kipas syiling. Kosong. ‘line clear’. Ku seretkan kerusi di sebelah. “Alamak, kena cat lah…tangan aku ni, malang betul”. Rupanya kerusi tu baru di cat.nasib baik aku tidak terus duduk, kalau tak, habislah baju aku. Aku berjalan untuk membasuh tangan yang terkena cat. Sesampai di sinki, sekali lagi masalah berlaku, kepala paip tak ada. Mak cik tadi menegur lagi, “ air dalam ‘ketok’ (bekas air untuk majlis kenduri) tu, maaflah kerusi baru cat, tak perasan adik nak duk di situ”. Nak marah aku rasanya bila dia cakap camtu. Maklumlah, satu tempat tu je yang ade kipas syiling, meja lain tiada. Redho jelah. Aku pun mula menjamah. Hairan kenapa tidak di pasang kipas tersebut. Panas. “ Mak Cik, Tolong bukakan kipas ni”.mohon aku. Sambil memegang kayu penyapu, dia membetulkan kipas untuk menghidupkannya. Ya Allah, terkejut aku. patutlah tidak ramai orang nak makan di sini. Yang ada cuma beberapa orang dan satu keluarga di situ. Bersusah payah di memusingkan kipas sehingga berjalan. Aku mencelah, “tak pa lah kalau tak boleh jalan mak cik”. Sedih aku tengok. Kipas bergerak. Satu lagi pulak masalah berlaku. Kipas yang di pasang tadi berbunyi macam nak jatuh dari langit. Sudah. “Tak pasal ni, arwah aku”. Selera ikan baker pun dah hilang, risau menebal di dalam hati. Bayangkanlah kalau kipas tu melayang, habislah aku.

Selesai makan, aku pun bergegas pergi ingin meninggalkan kedai yang begitu mengecewakan tersebut. Terlintas di hati “lain kali, Tok Mek pun Tok Mek lah”. inikah akibatnya tidak menyelesaikan puasa di bulan Muharram. Padan muka.

Thursday, December 9, 2010

Engkau mengetahui segalanya


Dalam posisi sujud, dia berdoa: “Ya Allah, Engkau mengetahui aku lebih dari daripada aku mengenali diriku sendiri. Engkau mengetahui segala dosaku, dan segala perbuatan baikku.Malah Engkau mengetahui sepanjang hidup ini, aku mencari kebenaran dengan belajar dan membaca AlQuran. Sesungguhnya aku takut, tetapi aku terpaksa membuat keputusan. Aku mengakui akan kewujudanMu Allah dan aku cuba mengagungkan Mu mengikut pemahamanku. Sekiranya aku melakukan kesalahan, maka Engkau ampuni aku.Jika aku salah mengenai Islam, jangan kau campakkan aku ke dalam api nerakaMu, Sesungguhnya aku mempercayai tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Aku ingin benar bergelar Muslim dan aku tidak mahu neraka dan aku mahu masuk ke dalam SyurgaMu.Ya Allah! Moga Engkau mengetahui situasi ku ini”.Selepas solat,Khadijah terus terlena.

Sebaik terjaga pagi keesokan harinya, sesuatu luar biasa berlaku. Kesakitan Migrain yang dialami sekian lama, kini hilang. Fikiran Khadijah cepat melayang kepada insiden malam tadi.

Sejak itu, dia mula solat lima kali sehari dengan caranya sendiri dan dari pemerhatiannya menerusi teman Muslim. Selain itu, Khadijah juga membuang semua ubatnya yang selama ini dia bergantung 100 peratus kepada dadah tersebut.

“Lebih kurang sebelun lamanya, saya membaca mengenai Islam dan mengumpul keberanian untuk meluahkan hasrat untuk memeluk Islam kepada Saif.

“Sedikit demi sedikit, saya mula malu dengan cara saya berpakaian. Lantaran itu, saya mula mengenakan seluar panjang atau skirt labuh yang dipadankan dengan blaus berlengan panjang, waima cuaca pada hari itu panas.

“Kadang- kadang, saya mengenakan scarf di kepala. Ia sesuatu yang mendamaikan dan terasa selamat. Akhirnya, pada malam 8 November, semacam timbul keberanian dan saya terus meluncurkan pengakuan diri untuk memeluk Islam di hadapan Saif,” bicara Khadijah yang selamat melakukan syahadah pada keesokan malamnya di masjid berdekatan.

Sesuatu yang agak pelik dan jarang berlaku apabila seorang yang dikategorikan pengikut agama Kristian yang warak, berlatar belakang keluarga yang kuatmempraktikkan agama itu, dilahirkan dan dibesarkan di bahagian tengah Amerika Syarikat (AS), malah langsung tidak mengetahui agama Islam, apatah lagi mengenali seorang Muslim sehinggalah pada usia 40 an, akhirnya memeluk Islam.

Inilah yang dikatakan ‘sentuhan’ kasih sayang Allah SWT, kepadaNya lah segala pujian diberi.

Inilah kisah penghijrahan akidah Khadijah Jandhli, rakyat AS kelahiran Aklahoma. Katanya, keluarganya akan ke gereja sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Malah, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat menekankan aspek ketinggian moral seperti tidak merokok, minum arak, mengambil dadah, dan tidak mengadakan seks sebelum berkahwin secara sah. Malah Khadijah mampu menghafal hampir keseluruhan isi kandungan kitab Injil.

“Datuk dan nenek saya adalah pengkhutbah. Saya dikurniakan dengan suara yanag merdu dan pada usia 14 tahun, saya dibayar oleh pihak gereja untuk menyanyi sambil bermain piano serta bertanggungjawab ke atas kumpulan koir kanak-kanak.

“Malah sebenarnya, kali pertama saya mendengar mengenai Islam dan mengenali individu Muslim iitu ketika di sebuah universiti,pada usia saya 49 tahun dan masih aktif di gereja.

Sepanjang hidup, saya gambarkan diri saya seorang yang suka mengajukan soalan. Boleh dikatakan pelbagai tajuk bacaan yang terdapat di perpustakaan telah saya baca. Asbab daripada ini jugalah yang memungkinkan kepada penemuan saya kepada kebenaran islam,” akui Khadijah yang pernah beberapa kali berkahwin dan melahirkan anak.

Selepas penceraian kali kedua, kawan dan keluarga mencadangkan melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Tulsa, yang terletak berhampiran kediamannya.

“Ketika di universiti, saya berpeluang berkenalan denagn ramai orang dari seluruh dunia dan meneruskan dunia pembacaan yang terhenti sekian lama. Saat itulah, saya terbaca tentang Muhammad SAW dan agama yang dibawanya.

Di universiti, saya mengenali kira-kira 90 pelajar Muslimah dari Malaysia. Saya mula tertarik dengan budi pekerti, layanan, kesopanan, dan cara mereka meminta izin keluat kelas untuk solat. Terdetik di hati saya, tentu ini semua ada kaitan dengan pegangan agama mereka.

“Bukan itu sahaja, saya juga tertarik dengan pemakaian mereka, apatah lagi dengan tudung kepala. Sangkaan saya, itu semua berkaitan dengan kebudayaan. Sedangkan hakikatnya, itulah caranya Allah melindungi kaum wanita Islam,” ceritanya lagi.

Beberapa tahun kebelakangan, Khadijah sering mengalami migrain yang sangat teruk sehingga dia terpaksa mengambil pelbagai ubat penahan sakit.

Acap kali mengalami serangan, Khadijah hanya akan menghabiskan masanya di atas katil dan sehingga ke peringkat dia tidak berdaya lagi ke sekolah.

Menurut Khadijah, pada waktu inilah kumpulan pelajar wanita dari Malaysia akan bergilir-gilir menjaganya siang dan malam. Keikhlasan yang dipamerkan mereka begitu menyentuh hati kecil Khadijah. Apa lagi tidak seorang pun ahli keluarga mahupun ahli gereja yang datang menjenguknya, waima jarak rumah dengan gereja itu hanya seberang jalan.

Penderitaan yang ditanggung selama dua tahun bagai sudah jatuh ditimpa tangga, apabila dia hilang sumber pendapatan dan kemudian dianggap bebanan oleh anak dan keluarga.

Penolakan demi penolakan ini menghancur dan mengguris hatinya sehinggalah dia meminta Amina, salah seorang daripada pelajar Malaysia untuk menerangkan tentang agama Islam.

“Amina memperkenalkan saya kepada Mahmoud (dari Oman). Kemudian saya berkenalan pula dengan Saif (dari Yemen). Mereka berdua menjawab semua soalan yang saya utarakan dan gantinya saya mengajar mereka penulisan. Kemudian, murid saya bertambah kepada Tariq dan Khalid (dari Oman) dan Yousif (dari UAE). Uniknya, tingkahlaku dan budi pekerti pelajar lelaki ini sama seperti pelajar wanita yang saya kenali dari Malaysia itu.

“Oleh kerana sentiasa teruja untuk belajar sesuatu yang baru, saya meminta Saif untuk mencarikan bahan bacaan berkaitan Islam. Dia membawakan saya buku karangan Jamal Badawis, The Status of Women in Islam dan beberapa salinan hadis berkaitan kedudukan dan hak wanita di dalam agama Islam.

“Saya juga pernah bertanyakan kepada Saif mengenai kitab Al Quran. Kemudian dia membawakan saya kitab Al Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris.”

Sejak itu jugalah kata Khadijah, sukar baginya melepaskan kitab AlQuran meskipun untuk tempoh yang singkat.

Walaupun saya sekadar membaca terjemahan daripada maksud kata-kata Allah itu, tetapi kecantikan kata-kata Allah daripada bahasa Arab itu menjadi semakin jelas kepadanya.

Kesakitan disebabkan daripada migrain bagai tidak terasa kerana keasyikan Khadijah dengan kitab AlQuran itu. Biarpun belenggu penyiksaan itu masih ada tetapi keindahan kata-kata Allah itu mengatasi segalanya. Sumber-Utusan Malaysia (2 Dis 2010)

Tuesday, December 7, 2010

Kekasihku tiada menyamai kekasih lain...


Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara
serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi
ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi
ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi
ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-mu. Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu. Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya.Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Rabi
ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Setiap malam begitulah keadaan Rabi
ah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.

Seperkara menarik tentang diri Rabi
ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.

Rabi
ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.


Rabi
ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:

Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?

Kecintaan Rabi
ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.

Begitulah keadaan kehidupan Rabi
ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.