Tuesday, April 27, 2010

Dialog Bersama Gadis Perokok Tegar.. Dah Biasa La..

Dialog Bersama Gadis Perokok Tegar.. Dah Biasa La..

''Saya mula merokok ketika tingkatan dua. Masa tu saya mula clubbing dan kawan-kawan pun merokok. Lagi pun kakak-kakak saya merokok, so no hallah merokok ni.

''Pernah kantoi bila mak dan ayah saya terjumpa kotak rokok dalam tas tangan, tapi saya bagi alasan rokok tu kawan yang punya.''



Selamba gadis cantik itu bercerita tatkala penulis berkesempatan melepak dengan dia dan seorang lagi temannya yang juga seorang perokok.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Ema tidak keberatan bercerita tentang tabiat merokok yang disifatkan sebagai biasa di kalangan 'gadis KL'.

Sebelum sempat penulis bertanya lanjut, dia pantas mengajukan soalan:

''Kenapa nak tahu pasal gadis-gadis merokok, benda ni biasalah, tak best nak tulis pun, sebab kat KL ni budak perempuan merokok bukan luar biasa.''

Penulis menjawab disebabkan merokok jadi fenomena biasalah yang menarik perhatian penulis untuk mengetahui apa sebenarnya punca kegilaan itu.

Ema memberitahu, sebagai anak jati KL yang dibesarkan dalam suasana bebas, terjebak dalam aktiviti merokok pada usia belasan tahun adalah perkara biasa. Dia mengakui ibu bapanya marah jika tahu anak-anaknya merokok tetapi dia dan kakak-kakaknya bijak menyimpan rahsia.

Pendedahan awal yang menjebak dirinya dengan rokok adalah clubbing.

''Dalam club semua orang hisap rokok, saya dan kawan-kawan pun merokok sebab nak jadi macam orang lain,''
katanya sambil memberitahu tabiat merokoknya itu bagaimana dapat dihentikan sebaik memasuki tingkatan tiga hingga ke tingkatan lima.

Ditanya apa jadi selepas itu, dia merenung jauh sambil menyingkap kisah cintanya yang gagal menyebabkan dia betul-betul kecewa dan menjadikan rokok sebagai pengubat lara.

Bermula dari situ, dia tidak menoleh lagi. Memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan alasan untuk dia berhenti, malah ketagihan merokok semakin menjadi-jadi. Dia sanggup tak makan asalkan dapat membeli rokok.

Dia pernah melepaskan gian merokok di dalam ruang kecil yang menempatkan hos bomba, bayangkan ruang sesempit itu pun 'halal' asalkan ketagihan dapat dilepaskan.

Segala-galanya menjadi mudah buat Ema apabila dia tinggal di rumah sewa. Tidak ada halangan langsung, dia dan rakan-rakan 'seangkatan' bebas merokok sesedap hati.

''Saya menjadi perokok tegar. Malah rakan-rakan saya menyamakan saya dengan perokok lelaki. Dua kotak besar sehari perkara biasa. Atau paling kurang pun satu kotak setengah maknanya sekurang-kurangnya 30 batang sehari,''
...... katanya.

Ditanya apa sebenarnya kepuasan yang dia dapat daripada merokok, Ema mengakui tiada kepuasan cumanya apabila tidak merokok bibirnya akan bergetar dan tekak berasa pahit.

Waktu wajib merokok bagi gadis berkulit putih kemerahan itu adalah bangun pagi, selepas makan tengah hari dan sebelum tidur. Malah dia mengakui merokok semasa membuang air besar adalah satu nikmat yang tidak boleh diceritakan.

Kebiasaannya, menurut Ema, perokok wanita akan bermula dengan rokok Sempoerna diikuti Malboro Light dan akhirnya jenama-jenama berat seperti Dunhill.

Ditanya mengapa, dia memberitahu, rokok Sempoerna menawarkan rasa manis jadi tidak terlalu berat untuk beginner manakala Malboro agak ringan.

Dia sendiri sehingga kini setia dengan Dunhill Light. Mengenai sama ada dia masih terikat dengan kisah putus cinta di tengah jalan menyebabkan tabiat merokok masih berterusan, Ema berterus terang telah menemui cinta baru.

''Bestnya sebab tunang saya tak kisah saya merokok. Dia pun merokok juga,''
..... petah dia menjawab sambil tersenyum.

Dia menyambung sembangnya, kegilaan clubbing berterusan menyemarakkan ketagihan merokok. Alasannya, di club ramai yang minum arak dan dia serta kawan-kawannya tak mahu terjebak dengan minuman keras lantas meneruskan tabiat merokok.

Mala, teman kepada Ema pula menjadikan stres sebagai punca dia merokok. Segala tekanan yang dihadapinya sebagai remaja akan lenyap bersama setiap sedutan asap rokok yang memenuhi paru-parunya. Melihat kepulan asap rokok yang dihembus terutama dalam suasana tenang umpama membiarkan segala masalah lenyap begitu saja.

Seperti Ema, dia juga setia dengan Dunhill Light tetapi tidak setegar Ema yang mampu menghisap 30 batang rokok sehari. Tabiat merokok Mala bermula agak lambat iaitu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Dia mengakui pergaulan bebas mendorongnya merokok sehingga selepas beberapa tahun tabiat itu menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Ditanya betulkah rokok boleh menghilangkan stres atau itu hanya psiko, Mala tersenyum manja dan manis.

''Saya rasa memang betul sebenarnya rokok bukan melegakan stres cumanya saya percaya ia begitu, maka jadilah begitu,''
...... ujarnya.

Ema dan Mala tidak dapat menjangkakan bila mereka mahu berhenti merokok. Bagi Ema yang sedang menunggu hari bahagia, perkahwinan tidak mungkin menghentikan tabiat itu. Lantaran tidak ada janji antara dia dan bakal suami yang mengikatnya untuk berhenti merokok.

''Tengoklah mungkin kalau mengandung mungkin baru berhenti kut,''
........ katanya.

Mengenai kegilaan gadis-gadis merokok, Ema berpandangan kebanyakannya hanya mengikut trend. Ada juga yang mahu kelihatan moden terutama gadis-gadis dari luar Kuala Lumpur. Kononnya merokok menunjukkan mereka ada gaya, hebat dan trendy - tidak seperti Ema yang terbelenggu oleh tabiat itu disebabkan ketagihan.

Dia akan berasa geram tidak terhingga dan marah-marah jika tidak dapat merokok. Ketegaran menyebabkan anak gadis yang mencecah usia 25 tahun itu tidak pernah peduli cakap-cakap atau pandangan orang lain. Malah dia pernah bertekak dengan seorang mak cik kerana menegur tabiatnya itu.

Saya melihat jari jemari Ema dan Mala. Bersih bukan seperti kebanyakan perokok.

Seperti dapat membaca pengamatan saya, Ema menyambung bicara:

''Saya bertuah kerana walaupun perokok tegar tetapi kesannya fizikalnya tidak nampak.
''Tapi terus terang saya sudah mula rasa sakit dada dan kadang kala sesak nafas, pastinya akibat merokok.''

Mengenai gambar-gambar ngeri di kotak rokok, kedua-dua gadis itu tersenyum sinis

Sememangnya bersembang dengan Ema dan Mala tidak cukup untuk saya menyelongkar apa sebenarnya di sebalik fenomena merokok di kalangan gadis remaja.

Tetapi yang pasti, ada sesuatu yang kurang dan tidak kena dalam masyarakat kita sehinggakan gejala merokok di kalangan gadis remaja kini dianggap trend.

p/s : Peliharalah anak gadis anda.. Siapakah yang mendidik mereka sehingga menjadi sebegini.. Di manakah Islam yang diagung-agungkan oleh kerajaan?

Sumber : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/dialog-bersama-gadis-perokok-tegar-dah.html

Saturday, April 24, 2010

perbezaan dua dunia....




Alhamdulillh..cukup 22 April 2010, tamatlah aku seorang guru ganti di Maktab Mahmud Pokok Sena, Kedah.banyak ku pelajari sebagai seorang ustaz yang berhadapan dengan pelajar menengah rendah dan menengah atas terutama pelajar Tingkatan Enam. Bukan mudah untuk menghadapi semua ini rupanya..namun telah tertulis aku sebagai guru.perlu berani dalam menegakkan pendidikan ini.

Namun, Banyak perbezaan pengalamn aku berbanding di sekolah Menengah Syed Sirajuddin, Perlis yang telah berlalu.masing-masing mempunyai kelebihan.

Dari segi pengurusan dan disiplin adalah berpihak kepada sekolah menengah. memang kagum. bayangkan setiap guru mempunyai laci khas bagi menyampaikan berita atau segala macam bentuk tugas. cukup teratur dari segi peraturan sekolah terhadap pelajar. kiranya , setiap hari aku akan mendapat surat walaupun rasanya perkara kecil. Pertama sekali aku melangkah di sekolah tersebut, pelbagai syarat dan permintaan perlu aku penuhi dengan segera. di sana masa bagiku terlalu sempit walaupun aku hanya mengajar selama tiga minggu. Tetapi bagi pelajar dari segi syaksiah dan minat belajar amatlah menyedihkan. Sekolah dianggap seperti untuk meluangkan masa sahaja.Pernah ku terjumpa seorang pelajar ketika mana di Kedai internet setelah selesai waktu sekolah. kami bertegur sapa dan kutanyakan kenapa tak dak di kelas td..katanya dengan selamba je... demam ustaz.demam apanye..klu bleh pi cc ni.



Bagi Sekolah Agama pulak. bab pengurusan agak ketinggalan.pertama sekali aku pijak di sekolah. dah tersa banyak kekurangan dari segi pegurusan.aku biarkan saja masalah disiplin, pada pandangan aku pelajarnya agak terdidik dengan disiplin...bagus, pelajar di sini memang bagus dari segi disiplin tanppa perlu kepada syrat-syarat yang ketat.pelajar memahami peranan masing-masing.selain itu, minat belajar sungguh mengagumkan.bukan hendak menyebelahi sebelah pihak. tetapi ini realiti. bayangkan sepatutnya bagi subjek tertentu tidak memerlukan kepada kelas tambahan. mereka telah meminta dengan persetujuan sekolah untuk meluangkan masa guru untuk mereka mencari ilmu tambahan.masa bagi pelajar cukup padat tetapi bagi guru amay longgar.best gak camtu.hehehhe.dari pagi sampai petang ada kelas.kelas di waktu pagi dan kelas tambahan di petang hari.malamnya pula,pengajian rohani pulak diadakan.kekadang tersa kasihan pulak... tetapi ini permintaan mereka..Allah, sejuk hati ibu yang mengandung kan.Walaupun aku dah tamat mengajar, tetapi guru kelas tambahan tetap aku pegang atas permintaan pelajar.

oklah, rasanya dah cukup bagiku meluahkan segala yang terbuku walaupun tiada hujah yang lebih mendalam, 'detail' kata orang putih. di mana dunia pun ada kekurangan dan ada kelebihannya.