
Dalam posisi sujud, dia berdoa: “Ya Allah, Engkau mengetahui aku lebih dari daripada aku mengenali diriku sendiri. Engkau mengetahui segala dosaku, dan segala perbuatan baikku.Malah Engkau mengetahui sepanjang hidup ini, aku mencari kebenaran dengan belajar dan membaca AlQuran. Sesungguhnya aku takut, tetapi aku terpaksa membuat keputusan. Aku mengakui akan kewujudanMu Allah dan aku
Sebaik terjaga pagi keesokan harinya, sesuatu luar biasa berlaku. Kesakitan Migrain yang dialami sekian lama, kini hilang. Fikiran Khadijah cepat melayang kepada insiden malam tadi.
Sejak itu, dia mula solat
“Lebih kurang sebelun lamanya, saya membaca mengenai Islam dan mengumpul keberanian untuk meluahkan hasrat untuk memeluk Islam kepada Saif.
“Sedikit demi sedikit, saya mula malu dengan cara saya berpakaian. Lantaran itu, saya mula mengenakan seluar panjang atau skirt labuh yang dipadankan dengan blaus berlengan panjang, waima cuaca pada hari itu panas.
“Kadang- kadang, saya mengenakan scarf di kepala. Ia sesuatu yang mendamaikan dan terasa selamat. Akhirnya, pada malam 8 November, semacam timbul keberanian dan saya terus meluncurkan pengakuan diri untuk memeluk Islam di hadapan Saif,” bicara Khadijah yang selamat melakukan syahadah pada keesokan malamnya di masjid berdekatan.
Sesuatu yang agak pelik dan jarang berlaku apabila seorang yang dikategorikan pengikut agama Kristian yang warak, berlatar belakang keluarga yang kuatmempraktikkan agama itu, dilahirkan dan dibesarkan di bahagian tengah Amerika Syarikat (AS), malah langsung tidak mengetahui agama Islam, apatah lagi mengenali seorang Muslim sehinggalah pada usia 40 an, akhirnya memeluk Islam.
Inilah yang dikatakan ‘sentuhan’ kasih sayang Allah SWT, kepadaNya lah segala pujian diberi.
Inilah kisah penghijrahan akidah Khadijah Jandhli, rakyat AS kelahiran Aklahoma. Katanya, keluarganya akan ke gereja sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Malah, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat menekankan aspek ketinggian moral seperti tidak merokok, minum arak, mengambil dadah, dan tidak mengadakan seks sebelum berkahwin secara sah. Malah Khadijah mampu menghafal hampir keseluruhan isi kandungan kitab Injil.
“Datuk dan nenek saya adalah pengkhutbah. Saya dikurniakan dengan suara yanag merdu dan pada usia 14 tahun, saya dibayar oleh pihak gereja untuk menyanyi sambil bermain piano serta bertanggungjawab ke atas kumpulan koir kanak-kanak.
“Malah sebenarnya, kali pertama saya mendengar mengenai Islam dan mengenali individu Muslim iitu ketika di sebuah universiti,pada usia saya 49 tahun dan masih aktif di gereja.
“Sepanjang hidup, saya gambarkan diri saya seorang yang suka mengajukan soalan. Boleh dikatakan pelbagai tajuk bacaan yang terdapat di perpustakaan telah saya baca. Asbab daripada ini jugalah yang memungkinkan kepada penemuan saya kepada kebenaran islam,” akui Khadijah yang pernah beberapa kali berkahwin dan melahirkan anak.
Selepas penceraian kali kedua, kawan dan keluarga mencadangkan melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti
“Ketika di universiti, saya berpeluang berkenalan denagn ramai orang dari seluruh dunia dan meneruskan dunia pembacaan yang terhenti sekian lama. Saat itulah, saya terbaca tentang Muhammad SAW dan agama yang dibawanya.
“Di universiti, saya mengenali kira-kira 90 pelajar Muslimah dari
“Bukan itu sahaja, saya juga tertarik dengan pemakaian mereka, apatah lagi dengan tudung kepala. Sangkaan saya, itu semua berkaitan dengan kebudayaan. Sedangkan hakikatnya, itulah caranya Allah melindungi kaum wanita Islam,” ceritanya lagi.
Beberapa tahun kebelakangan, Khadijah sering mengalami migrain yang sangat teruk sehingga dia terpaksa mengambil pelbagai ubat penahan sakit.
Acap kali mengalami serangan, Khadijah hanya akan menghabiskan masanya di atas katil dan sehingga ke peringkat dia tidak berdaya lagi ke sekolah.
Menurut Khadijah, pada waktu inilah kumpulan pelajar wanita dari
Penderitaan yang ditanggung selama dua tahun bagai sudah jatuh ditimpa tangga, apabila dia hilang sumber pendapatan dan kemudian dianggap bebanan oleh anak dan keluarga.
Penolakan demi penolakan ini menghancur dan mengguris hatinya sehinggalah dia meminta Amina, salah seorang daripada pelajar
“Amina memperkenalkan saya kepada Mahmoud (dari
“Oleh kerana sentiasa teruja untuk belajar sesuatu yang baru, saya meminta Saif untuk mencarikan bahan bacaan berkaitan Islam. Dia membawakan saya buku karangan Jamal Badawis, The Status of Women in Islam dan beberapa salinan hadis berkaitan kedudukan dan hak wanita di dalam agama Islam.
“Saya juga pernah bertanyakan kepada Saif mengenai kitab Al Quran. Kemudian dia membawakan saya kitab Al Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris.”
Sejak itu jugalah kata Khadijah, sukar baginya melepaskan kitab AlQuran meskipun untuk tempoh yang singkat.
“Walaupun saya sekadar membaca terjemahan daripada maksud kata-kata Allah itu, tetapi kecantikan kata-kata Allah daripada bahasa Arab itu menjadi semakin jelas kepadanya.
Kesakitan disebabkan daripada migrain bagai tidak terasa kerana keasyikan Khadijah dengan kitab AlQuran itu. Biarpun belenggu penyiksaan itu masih ada tetapi keindahan kata-kata Allah itu mengatasi segalanya. Sumber-Utusan Malaysia (2 Dis 2010)
No comments:
Post a Comment