Monday, July 28, 2008



kushari...apa tu??eee. pecah air liur niii. pelik betul. bagi masyarakat mesir kushari merupakan makanan yang agak famous. harga yang berpatutan bermula dari le1.00 ke atas.kushari berasaskan kepada makaroni ( berbentuk silinder dan panjang kebiasaaannya) atau pasta dicampur dengan sedikt nasi(beras arab) kacang (macam kacang hijau sikit),dan sedikit bawang goreng. kuahnya adalah sambal cili yang dimasak bersama dengan solsoh (tomato puri).ada juga masyarakat arab sering memanggil kanak2 sebagai solsoh(lari tajuk sikit), mungkin disebabkan warna kemerahan kot.

namun, tidak semua pelajar malaysia di sini tidak mampu menelannya. entah mengapa... tetapi bagi diriku agak kelazimanlah. kebiasaannya aku mengunjungi kedai khusari bila nak berjalan jauh, bila aku sorang je kat umah atau masa pulang dari kuliah (kalau berseorangan). mungkin agak jimat. rasanya kalau tak makan lama sikit macam dalam seminggu ke, rasa rindu plak,hehehe.macam dah ketagih plak kan.



tetapi, tak semua kedai arab mampu menarik ramai pelanggan. ini bermaksud tak semua kedai tu sedap. bagiku kushari di zakzik agak sedap berbanding dengan kushari kaherah.ini juga disokong oleh beberapa rakanku yang juga peminat khusari. bila aku makan di kaherah memang selalu tidak dapat menghabiskan sehingga licin. tetapi kalau di zagazig,emmm... habis (selalu dalam le1.50 atau le2.00). bagi muhafazah (negeri) lain,tak pernah ku rasa. sbb kalau keluar kesana, manalah 'standard' khusairi untuk dimakan semasa berjalan ke tempat asing. biasanya nasi ayam atau makanan lain.

pada pendapat aku lah. mungkin disebabkan cara makan yang tidak kena menyebabkan ramai pelajar di sini tidak mampu makan khusairi. rugi ooo....sebab murah. ni dia cara cara nak makan khusari..meh nak tunjuk. mula2 lebih baik minta khusari yang diasingkan kuah dari isi.sebab lebih banyak kuah (biasanya 1.50 ke atas sahaja). lepas tu, masukkan kuah tersebut kedalam isi. dan ini yang paling penting dari segi menentuka sedapnya iaitu masukkan air bawang putih (dicampur didalam cuka dan bahan lain)yang disediakan di atas meja. sehingga kelihatan macam kita makan laksa atau bihun sup (maksudnya banyaklah yang dituangkan). perhatian janagn campur pula sambil yang disediakan di atas meja. sebab terlalu pedas dan kelihatan cili tak dimasak masak. pastu gaul secukupnya. ini juga cara yang aku tiru dari golongan arab. khusari ni kalau panas lagi sedap. kalau makan khusari sejuk dia punya sambal, aku 'blacklist' terus kedai tu.sebab memang tak sedap.

akhir kata memang aku minat laaa khusari ni,tetapi janganlah kalau nak belanja aku dengan khusari, sebab aku rasa tak lah standard untuk belanja makan khusari.sekurangnya kibdah (hati lembut yang dimakan bersama ngan roti) ke.. best gak. harga pun lebih kurang. wahwahwah.....suka hati je. so, cubalah, rugi kalau dok mesir tak makan makanan dia ..sedapppppp.yum

1 comment:

kalsum said...

macam sedap ja dengarnya..
tapi kat malaysia nie nak cari kat mana..
nampaknya kena belajar buat la ye..
boleh kami rasa nanti
-kaksum-