Tuesday, July 22, 2008

ISLAM dan kaum cina



13 JUlai- satu slot "dakwah non islam" diadakan.kehadiran seorang mualaf dari negara China sangat menarik minat ku dalam slot tersebut dan menjadikan slot antara yang best dalam program tersebut.tahniah ku ucapkan kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dengan kerjasama Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). beliau yang bernama ust Noh bin Daud atau Wang Zhi Hui (nama dalam cina) merupakan pelajar Alazhar Kaherah dan bekas mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

kehadiran beliau menceritakan pengalaman beliau di Malaysia dan pergaulan beliau dengan masyarakat tempatan (terutama masyarakat cina). daripada apa yang beliau dapat daripada pergaulan tersebut "pandangan masyarakat cina terhadap Islam. bagaimana mendakwah? apakah masalah yang sering dilisan kaum cina atau kaum non muslim di malaysia?. disini saya cuba menyenaraikan masalah yang timbul:

1. masyarakat Cina menganggap Islam adalah untuk kaum melayu.maksudnya mereka menganggap bahawa Islam merupakan sebagai adat orang melayu.jadi,bagi mereka sesiapa yang masuk islam bermakna beliau menjadi bangsa melayu.konflik bangsa sering diutarakan contohnya nilai keistimewaan hak orang melayu.mudah untuk difahami apabila makan bagi mereka biasanya menggunakan chopstick, tetapi setelah masuk Islam, mereka menganggap terpaksa bertukar menggunakan tangan contohnya.
2. hak kaum cina telah hilang. contohnya mereka terpaksa menukar nama cina kepada islam secara rasmi contoh dalam kad pengenalan.ini banyak menimbulkan masalah bagi mereka...contoh dalam pergaulan, masalah kerja dan lain lain.padahal nama bukan bukti keislaman seseorang.tetapi undang2 telah memberatkan bagi mereka.apa masalahnya sekadar menukar pada kad pengenalan hanya pada agama? adakah ini tidak sah?
3. mereka mengagumi Islam,tetapi masyarakat melayu dengan kelakuan dan tingkah laku yang bukan seperti yang dinyatakan islam dalam quran dan sunnah...contoh melarang minum arak.masih ramai yang minum arak!
4. masalah setelah islam, timbul masalah pergaulan dalam keluarga. kaum keluarga tidak dapat menerima beliau sebagai islam. diancam, dilpulau dan sebagainya.
5. beberapa kewajipan dalam islam yang kurang dipersetujui.antaranya dalam bab khitan (sunat), dan memakai tudung.bagi kita seharusnya melewatkan sedikit perkara ini sehingga beliau memahami dan bersedia dalam melaksanakan perkara tersebut.
6.persatuan cina muslim diabaikan. tidak mendapat bantuan kewangan untuk mereka yang masih baru dalam agama Islam.tentunya banyak masalah timbul yang memerlukan sokongan samada kewangan moral dan keluarga. contohnya beliau disekat dari kewangan yang memerlukan bantuan dari orang islam.....tetapi malangnya tiada bantuan.dimanakah bahagian mereka??.maka tidak hairanlah, jika kita melihat masyarakat Islam semakin kurang dan kristian bertambah. ini adalah disebabkan oleh dokongan dan saraan daripada golongan gereja yang menitikberatkan halhal seperti ini.

perkara ini telah membuka sedikit minda saya.persekitaran saya adalah kaum cina keseluruhan (maksud tinggal dalam kawasan majoriti cina).dari kecil sehingga dewasa tidak pernah saya berkawan dengan masyarakat cina setempat walaupun bersebelahan...

adakah anda mampu memikul tanggungjawab ini.....

No comments: