Saturday, July 19, 2008

khat sifu


khat antara seni islam yang aku agak minat.dengan farsinya,thulusnya dan lain lain serta zakrafahnya (bunga hiasan khat).satu persatu telah mengingatkan kenangan ketika aku masih dalam diploma khat dekat nakariah dalam muhafaszah zagazig,mesir.aku hanya sempat mempelajari dalam masa setahun dari keseluruhan empat tahun...

disebabkan beberapa faktor kewangan yang kurang memuaskan dal selainnya menyebabkan aku terpaksa menamatkan diploma tersebut.baru-baru, sahabat aku yang tunggal mengaji disitu menyampaikan salam dari guru2 khat aku. tiba2 perassan bersalah timbul dalam hati aku bila mengingatkan mereka(berhenti tiga tahun lepas).mereka yang masih ingatkanku...dulunya bersenda gurauan dalam kelas bersama pelajar lain dan guru yang agak berumur menghilangkan sikit rindu bersama orang tua.beberapa kali diajak bertandang ke rumah mereka.tetapi aku menolak takut menyusahkan mereka.walupun berumur tapi semangat belajar masih kuat.


aku selalu memandang negatif pada sesetengah masyarakat arab mesir yang sering mengambil kesempatan dalam muamalah (pergaulan).hari ke hari,aku sering menjauhkan dari mereka....tetapi golongan guru arab khat inilah yang menaikan semangat aku untuk terus bersama dengan arab....aku tak mahu mengaibkan arab, biasalah disini ada golongan nabi dan ulama,tetapi ada juga golongan keturunan firaun. maka tak hairanlah kalau perkara seperti ini berlaku........

aku sering mengharapkan sahabat seperti guru khat ini,walaupun berbeza umur,bangsa, dan negara, mereka mampu menbimbing aku dan kawanku (zakwan) tersebut sama seperti yang lain.memang aku terasa hutang budi terhadap mereka yang sering menabur bakti pada diriku ini. aku agak malu untuk bertemu dengan mereka setelah aku menamatkan diploma ini tanpa salam terakhir.....

1 comment:

kalsum said...

janganlah bersedih...
ilmu itu ibarat lautan..
takkan hbs ditimba...
kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan..
semoga2 impian hati untuk menyambung pengajian dibhgn khat akan tercapai..insyaallah
-kaksum-