Wednesday, December 21, 2011

Jelajah Thai


Jumaat, 17 Dis – Jaulah kali ini merentasi sempadan Malaysia (Thailand). Berbekalkan passport kami berempat (Zulkifli, Abdul Manaf, Abdul alHakim, Hasbullah) melalui border Wang Kelian menuju ke Thailand dengan penuh harapan menggunung dalam mentadabbur kejadian ciptaan Allah Subhanahu waTaala.

Main redah je. Tempat yang kami lewati adalah Satun, Hatyai, Songkhla, dan Sadao. Tanpa berbekal peta dan guider. Hanya GPS, Proton Waja, Minyak Petrol (RM 90), duit tangan (RM 200 =2000 Baht) dan tawakkal menemani sepanjang perjalanan kami. Tujuan asal ke Krabi dan Bangkok. Ketidakyakinan (cuaca semasa) dan masa menyebabkan kami hanya mampu melewati Selatan Thailand.

Pengalaman atau masalah yang dapat dikongsikan di sini: Pertamanya bila GPS tidak dapat berfungsi (bateri lemah), kemampuan Bahasa Thai (Orang Thai kurang memahami Bahasa Melayu, dan Inggeris), makanan yang kurang pasti tahap “Halal”nya. Boleh dikatakan perjalanan kami adalah mencari Tesco Lotus yang ada di sana, makanannya yang dilabel Halal, Tukang Masak Islam dan memakai tudung serta mampu berkomunikasi dengan Bahasa Melayu Pattani. Jika anda juga boleh makan makanan yang dipamerkan di gerai atau kedai yang menunjukkan logo “Halal” atau “Bulan dan bintang”. Yang pasti makanan Thai pedas dan sedap menyelerakan. Senang sangat untuk membezakan antara Melayu Malaysia dan Thai (Melayu kulit kurang putih dan cantik berbanding Thai). Suasana di sana hampir sama dengan Malaysia kecuali tempat peranginannya memang terkenal dengan kecantikannya. Kawasan yang sering diziarahi orang Malaysia di Songkhla.

Kalau bagi pandangan terhadap Islam, ramai yang memakai tudung malah labuh dan berniqab. Masjid pun banyak di sepanjang jalan. Dan yang pastinya masih suci dari amalan Wahabi ( pandangan peribadi sebab sebelum menyangkakan amalan Wahabi banyak di Thai melihat kepada rakan sekerja).

Cadangan untuk anda untuk menziarahi Thailand, kenali matawang Baht (100 Baht = RM 10) kaedah yang senang ingat buang kosong pada akhirnya, sediakan minyak secukupnya dari Malaysia (minyak mahal RM 2.90 seliter), perancangan yang teliti, kereta sendiri (Geran, Bayar pada Imigresen RM 25, Insurans dalam RM 40 (kalau perlu)), pastikan passport atau border pass (RM 10 seminggu, kawasan terhad sampai Hatyai dan ke bawah sahaja), Hotel(ci pat mai) mudah dimiliki dan murah (dalam RM 30 dah boleh dapat). Yang penting bukan tujuan maksiat (pengalaman bila menanyakan tentang hotel. Perhatian: ada perempuan yang nak no.tel anda). Jangan dekati maksiat. Nasihat ini bagi yang bertujuan maksiat. Kurang sesuai menziarahi pada bulan Disember, mungkin sempena Krismas yang seringkali mengundang bala bencana Tuhan Rabbul Alamin.

Nantikan siri kedua Jelajah Thai pada masa hadapan. Insyaallah dengan izin Allah Taala.

Friday, December 9, 2011

Kisah dari surah AlKahfi


Sempena Saidul Ayyam ( Hari Jumaat), saya ingin berkongsi satu cerita dalam Surah AlKahfi dari ayat 65 sehingga 82. Ayat-ayat ini menceritakan perjalanan di antara Nabi Musa Alaihissalam bersama Nabi Khidir Alaihissalam.

65. Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami (Nabi Khidir) yang telah Kami (Allah) kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

66. Nabi Musa berkata kepadanya: bolehkah Aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

67. Dia menjawab: "Sesungguhnya engkau (Wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

68. dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi (meluas)?

69. Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

70.Dia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutiku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

71. Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar (kesalahan)".

72.Dia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

73. Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

74. kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, Yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya Engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

75. Dia menjawab: "Bukankah, Aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

76. Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; Sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

77. kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

78. Dia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang Engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

79. adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; Oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

80. adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka Kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

81. oleh itu, Kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

82. adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "Harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). dan (ingatlah) Aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara Yang Engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

Semoga dengan kisah ini dapat kita mengambil iktibar dan teladan sebagai muhasabah diri dalam kehidupan harian.

Tuesday, December 6, 2011

kesabaran...

Pengajaran:
Tiada kejayaan di dunia dan akhirat melainkan dengan kesabaran dengan segala mehnah dan kesusahan. dan bagi sesiapa yang ingin selamat (tanpa sebarang masalah) maka jadikanlah diri selamanya hidup di bawah sepertimana keadaan air. (yang hanya mengikut haluan arus).

Dalam hadis 40 Nawawiah ( hadis ke 19) riwayat selain Tirmizi dikatakan:
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu senang nescaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang telah ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahawa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan."