Wednesday, December 21, 2011

Jelajah Thai


Jumaat, 17 Dis – Jaulah kali ini merentasi sempadan Malaysia (Thailand). Berbekalkan passport kami berempat (Zulkifli, Abdul Manaf, Abdul alHakim, Hasbullah) melalui border Wang Kelian menuju ke Thailand dengan penuh harapan menggunung dalam mentadabbur kejadian ciptaan Allah Subhanahu waTaala.

Main redah je. Tempat yang kami lewati adalah Satun, Hatyai, Songkhla, dan Sadao. Tanpa berbekal peta dan guider. Hanya GPS, Proton Waja, Minyak Petrol (RM 90), duit tangan (RM 200 =2000 Baht) dan tawakkal menemani sepanjang perjalanan kami. Tujuan asal ke Krabi dan Bangkok. Ketidakyakinan (cuaca semasa) dan masa menyebabkan kami hanya mampu melewati Selatan Thailand.

Pengalaman atau masalah yang dapat dikongsikan di sini: Pertamanya bila GPS tidak dapat berfungsi (bateri lemah), kemampuan Bahasa Thai (Orang Thai kurang memahami Bahasa Melayu, dan Inggeris), makanan yang kurang pasti tahap “Halal”nya. Boleh dikatakan perjalanan kami adalah mencari Tesco Lotus yang ada di sana, makanannya yang dilabel Halal, Tukang Masak Islam dan memakai tudung serta mampu berkomunikasi dengan Bahasa Melayu Pattani. Jika anda juga boleh makan makanan yang dipamerkan di gerai atau kedai yang menunjukkan logo “Halal” atau “Bulan dan bintang”. Yang pasti makanan Thai pedas dan sedap menyelerakan. Senang sangat untuk membezakan antara Melayu Malaysia dan Thai (Melayu kulit kurang putih dan cantik berbanding Thai). Suasana di sana hampir sama dengan Malaysia kecuali tempat peranginannya memang terkenal dengan kecantikannya. Kawasan yang sering diziarahi orang Malaysia di Songkhla.

Kalau bagi pandangan terhadap Islam, ramai yang memakai tudung malah labuh dan berniqab. Masjid pun banyak di sepanjang jalan. Dan yang pastinya masih suci dari amalan Wahabi ( pandangan peribadi sebab sebelum menyangkakan amalan Wahabi banyak di Thai melihat kepada rakan sekerja).

Cadangan untuk anda untuk menziarahi Thailand, kenali matawang Baht (100 Baht = RM 10) kaedah yang senang ingat buang kosong pada akhirnya, sediakan minyak secukupnya dari Malaysia (minyak mahal RM 2.90 seliter), perancangan yang teliti, kereta sendiri (Geran, Bayar pada Imigresen RM 25, Insurans dalam RM 40 (kalau perlu)), pastikan passport atau border pass (RM 10 seminggu, kawasan terhad sampai Hatyai dan ke bawah sahaja), Hotel(ci pat mai) mudah dimiliki dan murah (dalam RM 30 dah boleh dapat). Yang penting bukan tujuan maksiat (pengalaman bila menanyakan tentang hotel. Perhatian: ada perempuan yang nak no.tel anda). Jangan dekati maksiat. Nasihat ini bagi yang bertujuan maksiat. Kurang sesuai menziarahi pada bulan Disember, mungkin sempena Krismas yang seringkali mengundang bala bencana Tuhan Rabbul Alamin.

Nantikan siri kedua Jelajah Thai pada masa hadapan. Insyaallah dengan izin Allah Taala.

No comments: