Saturday, January 2, 2010

kisah Nabi Zulkifli a.s

Siapakah Nabi Zulkifli a.s?
Nabi Zulkifli a.s adalah anak kepada Nabi Ayub a.s dan asal nama beliau ialah Basyar ibn Ayub.
Zulkifli membawa makna kepada "orang yang sanggup". Allah s.w.t telah mengangkat beliau sebagai rasul setelah ayahnya Ayub a.s,
dan beliau dimasukkan oleh Allah sebagai orang yang sabar.




Ertinya :
Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar.dan Kami rahmati semua mereka, kerana mereka adalah orang yang berbuat baik.surah anbiya :85,86



Selembar kisah :
pada zaman beliau, ada seorang raja yang sudah tua dan tidak berdaya lagi. raja itu ingin menyerahkan takhtanya kepada orang yang dapat bertanggungjawab dalam menjalankan amanat umat dan orang yang bertakwa kepada Allah swt.

Oleh kerana itu, raja telah menghimpun semua rakyat jelata untuk memilih sesiapa yang sanggup menjadi raja dengan syarat – syarat yang tertentu. Dihadapan rakyatnya raja berkata : “ Siapakah diantara kamu yang sanggup berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari dan tidak marah- marah, maka kepadanya aku serahkan takhta ini, kerana aku sudah tua ? “.

Berdirilah seorang pemuda bernama Basyar denagan mengacungkan tangannya seraya berkata :” Saya sanggup”. Kemudian raja mengulangi lagi , katanya :” Siapakah diantara kamu yang sanggup berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari dan tidak marah- marah, maka kepadanya aku serahkan takhta ini“.

Berdiri lagi pemuda tersebut dengan mengacungkan tangannya seraya berkata :”Aku sanggup”. Demikianlah berulang raja berkata seperti itu dan brulang pula sahutan pemuda itu menyebut :’ Saya sanggup”.

Oleh kerana itu, kerajaan pun diserahkan kepada beliau kerana tiada seorang pun yang sanggup menerima amanah tersebut.

Zulkifli menjadi raja.
Seperti janjinya, Nabi Zulkifli a.s mengatur waktunya. Siang hari dia berpuasa dan malamnya untuk beribadat, tidurnya diatur dan masa yang banyak adalah untuk menguruskan umatnya.

Pada suatu hari, dating Syaitan menggodanya, mengadukan barangnya dirampas orang. Pada ketika tersebut adalah waktu raja hendak tidur, lalu diserahkan kepada wakilnya.tetapi syaitan menolak melainkan raja sahaja yang dikehendakinya. Godaan syaitan tidak berjaya, apabila raja iaitu Nabi Zulkifli tidak marah dan menyelesaikan amanah tersebut..

Pada peristiwa lain, ketika satu peperangan terhadap orang yang durhaka kepada Allah swt. Rakyat menolak untuk berperang keran cintakan hidup di dunia, lalu meminta raja berdoa agar tidak mereka mati semasa berperang..Beliau tidak marah lalu berdoa. Dan dikabul oleh Allah swt.

Begitulah kisah Nabi Zulkifli a.s dalam menghadapi dugaan dan memegang janjinya.


Hikmah.

1) sabar menghadapi pelbagai dugaan tanpa persaaan marah.
2) Bertambah menjadi raja, bertambah iman dan takwa kepada Allah swt.
3) Memegang janji yang dikotakan, bukan seperti pemimpin sekarang yang mementingkan duit poket, mengabaikan tanggungjawab dan amanah serta janji.
4) Mementingkan orang lain berbanding diri sendiri walau dalam apa keadaan.
5) Berani menerima cabaran dan amanah kerana takut jatuh amanah yang besar kepada orang yang zalim.
6) Tidak berebut untuk menjawat (gila jawatan) jawatan tinggi melainkan tujuan yang ikhlas.
7) Tidak takut mati di dalam peperangan. Bantuan Allah pasti datang kemudian.

No comments: