Wednesday, May 13, 2009
buatmu ibu......
ibu mithali ibu yang sejati, bakti amalmu disanjung tinggi..
pernah ku tanyakan kepada Allahyarham nenekku : "ni cikgu ada suruh buat kerja rumah,dia suruh tulis siapakah ibu dan namanya?" nenek ku sejenak memikir."ha, tulis saja Mak Su (ibu saudaraku). ketika itu aku masih kecil(tahun satu). tidak ku ketahui apa itu kalimah yang dikatakan Ibu atau emak, yang kukenali hanyalah Tok (Nenek dalam Loghat Kedah)
.
Kini segalanya berubah, di sisiku seorang ibu.Tidak terlintas di fikiranku kalimah 'tiri' yang sering digambarkan dengan watak antagonis penuh dengan kezaliman.Kau Ibu, ibu yang penuh kelembutan,tanggungjawab. Biarpun orang berkata "hang ni anak mak la".memang aku anak mak yang mendidikku menjadi orang yang berguna, seorang mampu berdiri di atas dunia ini yang bergelar Muslim.tidakkah mereka tahu, tanpa ibu, maka terjadilah seperti mana yang kita lihat di negara kitakini, serba haru biru dengan keletah anak muda . dimanakah aku tanpa ibu?di lorong hanyir kah aku?.tapi bukan itu, aku kini di menara gading.
truuttruut.sms sampai dari ibuku. tertulis "...yalah siapalah mak ni kan,dah tak penting dah untuk diingati".Ayat ini ditujukan kepada kakakku yang telah berumahtangga.biasalah jarang pulang bila ikut suami. kubaca ayat ini,baru terasa ertinya "tiri'.aku sangat rapat dengan ibuku berbanding dengan ayahku.ini telah membuat kan tiada kalimah itu dalam kamus hidupku. mUngkin ibuku terasa sepi, sunyi tanpa kakakku di rumah.
Sempena hari ibu,terdetik di hatiku mencoretkan sms buat ibu tersayang Siti Sarijah binti Hashim.inilah buat kali pertama selama aku hidup di muka bumi ini. teruk kan aku ni?.Balas ibuku:"terima kasih kerana walaupun jauh, masih ingat hari ibu, zul orang pertama yang ucap. mak rasa terharu sangat. semoga ingatan ini kekal untuk mak selama-lamanya walau mak tidak bernafas lagi. terima kasih." terh aru ibuku dengan ucapan ringkasku itu, apatah lagi aku terharu bila membaca coretan ini.
.
ingin ku ringkaskandalam kslsm ku ini,"terima kasih ibu untuk segalanya". buat allahyarham ibuku yang melahirkan kan ku Marinah binti Ismail. ku sampaikan Al fatiuah dan doa buatmu. lahirku ke dunia, pemergian mu selamanya, terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wslm zul.
trm ksh krn singgah ke blog. maksud "keperluan" yg zul ckp utk masuk uia smbng MA tu apa? syarat hanya 3.00 pointer ke atas rsnya. if zul nak tau lbh lnjut cuba tgk di lmn web uia (ada yg psl postgradute studies tu.
smg mnjd ank soleh utk ibu dan ayh..wslm
Post a Comment