Monday, July 28, 2008



kushari...apa tu??eee. pecah air liur niii. pelik betul. bagi masyarakat mesir kushari merupakan makanan yang agak famous. harga yang berpatutan bermula dari le1.00 ke atas.kushari berasaskan kepada makaroni ( berbentuk silinder dan panjang kebiasaaannya) atau pasta dicampur dengan sedikt nasi(beras arab) kacang (macam kacang hijau sikit),dan sedikit bawang goreng. kuahnya adalah sambal cili yang dimasak bersama dengan solsoh (tomato puri).ada juga masyarakat arab sering memanggil kanak2 sebagai solsoh(lari tajuk sikit), mungkin disebabkan warna kemerahan kot.

namun, tidak semua pelajar malaysia di sini tidak mampu menelannya. entah mengapa... tetapi bagi diriku agak kelazimanlah. kebiasaannya aku mengunjungi kedai khusari bila nak berjalan jauh, bila aku sorang je kat umah atau masa pulang dari kuliah (kalau berseorangan). mungkin agak jimat. rasanya kalau tak makan lama sikit macam dalam seminggu ke, rasa rindu plak,hehehe.macam dah ketagih plak kan.



tetapi, tak semua kedai arab mampu menarik ramai pelanggan. ini bermaksud tak semua kedai tu sedap. bagiku kushari di zakzik agak sedap berbanding dengan kushari kaherah.ini juga disokong oleh beberapa rakanku yang juga peminat khusari. bila aku makan di kaherah memang selalu tidak dapat menghabiskan sehingga licin. tetapi kalau di zagazig,emmm... habis (selalu dalam le1.50 atau le2.00). bagi muhafazah (negeri) lain,tak pernah ku rasa. sbb kalau keluar kesana, manalah 'standard' khusairi untuk dimakan semasa berjalan ke tempat asing. biasanya nasi ayam atau makanan lain.

pada pendapat aku lah. mungkin disebabkan cara makan yang tidak kena menyebabkan ramai pelajar di sini tidak mampu makan khusairi. rugi ooo....sebab murah. ni dia cara cara nak makan khusari..meh nak tunjuk. mula2 lebih baik minta khusari yang diasingkan kuah dari isi.sebab lebih banyak kuah (biasanya 1.50 ke atas sahaja). lepas tu, masukkan kuah tersebut kedalam isi. dan ini yang paling penting dari segi menentuka sedapnya iaitu masukkan air bawang putih (dicampur didalam cuka dan bahan lain)yang disediakan di atas meja. sehingga kelihatan macam kita makan laksa atau bihun sup (maksudnya banyaklah yang dituangkan). perhatian janagn campur pula sambil yang disediakan di atas meja. sebab terlalu pedas dan kelihatan cili tak dimasak masak. pastu gaul secukupnya. ini juga cara yang aku tiru dari golongan arab. khusari ni kalau panas lagi sedap. kalau makan khusari sejuk dia punya sambal, aku 'blacklist' terus kedai tu.sebab memang tak sedap.

akhir kata memang aku minat laaa khusari ni,tetapi janganlah kalau nak belanja aku dengan khusari, sebab aku rasa tak lah standard untuk belanja makan khusari.sekurangnya kibdah (hati lembut yang dimakan bersama ngan roti) ke.. best gak. harga pun lebih kurang. wahwahwah.....suka hati je. so, cubalah, rugi kalau dok mesir tak makan makanan dia ..sedapppppp.yum

Friday, July 25, 2008

2 kolah



teringatkan masa kecil dulu bila nak amik wuduk kat kolah umah. pastu kena marah...sbb kata ayah tu tak cukup dua kolah (tp klu tengokkan kolah kat umah dah bleh berenang.so, arini nak berkongsi ngan semua sambil mengingat ukuran yang sepatutnya yang dikatakan 2 kolah.

disebut dalam kitab fathul qorib dinyatakan dua kolah itu 500 timba baghdadi lebih kurang mengikut pandangan yang paling rajih. emm, camana nak cerita niii.sedangkan ke baghdad pun tak pernah. sebenarnya, untuk mudah difahami, 2 kolah itu adalah 217 liter sahaja.kalau yang berbentuk empat segi adalah 1 1/4 hasta sama dengan tinggi 80 cm dan lebar 75 cm. kalau bentuk silinder plak 2hasta tinggi sama dengan 150 cm berjejari 62 cm lebar.syarah ini terdapat dalam kitab fathul muin.

akhir kalam,nak cakap ni,klu nak buat rumah baru ukur-ukur lah dlu yek. buat lebih skit pada ukuran ni.so tak yah susah nak pikir lagi. lagi satu jangan lupa ajak pi kenduri buka umah baru....hehheheh.selamat mencuba.

Tuesday, July 22, 2008

ISLAM dan kaum cina



13 JUlai- satu slot "dakwah non islam" diadakan.kehadiran seorang mualaf dari negara China sangat menarik minat ku dalam slot tersebut dan menjadikan slot antara yang best dalam program tersebut.tahniah ku ucapkan kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dengan kerjasama Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). beliau yang bernama ust Noh bin Daud atau Wang Zhi Hui (nama dalam cina) merupakan pelajar Alazhar Kaherah dan bekas mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

kehadiran beliau menceritakan pengalaman beliau di Malaysia dan pergaulan beliau dengan masyarakat tempatan (terutama masyarakat cina). daripada apa yang beliau dapat daripada pergaulan tersebut "pandangan masyarakat cina terhadap Islam. bagaimana mendakwah? apakah masalah yang sering dilisan kaum cina atau kaum non muslim di malaysia?. disini saya cuba menyenaraikan masalah yang timbul:

1. masyarakat Cina menganggap Islam adalah untuk kaum melayu.maksudnya mereka menganggap bahawa Islam merupakan sebagai adat orang melayu.jadi,bagi mereka sesiapa yang masuk islam bermakna beliau menjadi bangsa melayu.konflik bangsa sering diutarakan contohnya nilai keistimewaan hak orang melayu.mudah untuk difahami apabila makan bagi mereka biasanya menggunakan chopstick, tetapi setelah masuk Islam, mereka menganggap terpaksa bertukar menggunakan tangan contohnya.
2. hak kaum cina telah hilang. contohnya mereka terpaksa menukar nama cina kepada islam secara rasmi contoh dalam kad pengenalan.ini banyak menimbulkan masalah bagi mereka...contoh dalam pergaulan, masalah kerja dan lain lain.padahal nama bukan bukti keislaman seseorang.tetapi undang2 telah memberatkan bagi mereka.apa masalahnya sekadar menukar pada kad pengenalan hanya pada agama? adakah ini tidak sah?
3. mereka mengagumi Islam,tetapi masyarakat melayu dengan kelakuan dan tingkah laku yang bukan seperti yang dinyatakan islam dalam quran dan sunnah...contoh melarang minum arak.masih ramai yang minum arak!
4. masalah setelah islam, timbul masalah pergaulan dalam keluarga. kaum keluarga tidak dapat menerima beliau sebagai islam. diancam, dilpulau dan sebagainya.
5. beberapa kewajipan dalam islam yang kurang dipersetujui.antaranya dalam bab khitan (sunat), dan memakai tudung.bagi kita seharusnya melewatkan sedikit perkara ini sehingga beliau memahami dan bersedia dalam melaksanakan perkara tersebut.
6.persatuan cina muslim diabaikan. tidak mendapat bantuan kewangan untuk mereka yang masih baru dalam agama Islam.tentunya banyak masalah timbul yang memerlukan sokongan samada kewangan moral dan keluarga. contohnya beliau disekat dari kewangan yang memerlukan bantuan dari orang islam.....tetapi malangnya tiada bantuan.dimanakah bahagian mereka??.maka tidak hairanlah, jika kita melihat masyarakat Islam semakin kurang dan kristian bertambah. ini adalah disebabkan oleh dokongan dan saraan daripada golongan gereja yang menitikberatkan halhal seperti ini.

perkara ini telah membuka sedikit minda saya.persekitaran saya adalah kaum cina keseluruhan (maksud tinggal dalam kawasan majoriti cina).dari kecil sehingga dewasa tidak pernah saya berkawan dengan masyarakat cina setempat walaupun bersebelahan...

adakah anda mampu memikul tanggungjawab ini.....

Saturday, July 19, 2008

khat sifu


khat antara seni islam yang aku agak minat.dengan farsinya,thulusnya dan lain lain serta zakrafahnya (bunga hiasan khat).satu persatu telah mengingatkan kenangan ketika aku masih dalam diploma khat dekat nakariah dalam muhafaszah zagazig,mesir.aku hanya sempat mempelajari dalam masa setahun dari keseluruhan empat tahun...

disebabkan beberapa faktor kewangan yang kurang memuaskan dal selainnya menyebabkan aku terpaksa menamatkan diploma tersebut.baru-baru, sahabat aku yang tunggal mengaji disitu menyampaikan salam dari guru2 khat aku. tiba2 perassan bersalah timbul dalam hati aku bila mengingatkan mereka(berhenti tiga tahun lepas).mereka yang masih ingatkanku...dulunya bersenda gurauan dalam kelas bersama pelajar lain dan guru yang agak berumur menghilangkan sikit rindu bersama orang tua.beberapa kali diajak bertandang ke rumah mereka.tetapi aku menolak takut menyusahkan mereka.walupun berumur tapi semangat belajar masih kuat.


aku selalu memandang negatif pada sesetengah masyarakat arab mesir yang sering mengambil kesempatan dalam muamalah (pergaulan).hari ke hari,aku sering menjauhkan dari mereka....tetapi golongan guru arab khat inilah yang menaikan semangat aku untuk terus bersama dengan arab....aku tak mahu mengaibkan arab, biasalah disini ada golongan nabi dan ulama,tetapi ada juga golongan keturunan firaun. maka tak hairanlah kalau perkara seperti ini berlaku........

aku sering mengharapkan sahabat seperti guru khat ini,walaupun berbeza umur,bangsa, dan negara, mereka mampu menbimbing aku dan kawanku (zakwan) tersebut sama seperti yang lain.memang aku terasa hutang budi terhadap mereka yang sering menabur bakti pada diriku ini. aku agak malu untuk bertemu dengan mereka setelah aku menamatkan diploma ini tanpa salam terakhir.....

Thursday, July 10, 2008

main kuda


main kuda..... selasa 7 julai 2008, merentasi padang pasir yg kering kontang tanpa sebarang haiwan atau tumbuhan.hanya berbekalkan seekor kuda aku dan kengkawan dapat mengikut apa yg disuruh oleh rasulullah SAW untuk dipelajari:menunggang kuda,memanah dan berenang...
kuda,kuda,kuda...memang susah untuk menunggang kuda.arahan kita tak diikuti.tp kalau tuan dia datang tahu dia buat apa yg perlu dia buat.tu yang aku geram.geramm..geramm...memang geram.mungkin aku orang malaysia,so, dia buat tak paham plak kuda tu.rupanya memang camtu kot.sbb bila aku cakap bahasa arab dia paham skit.makna kata binatang ni memang paham kata-kata kita cuma tak mampu bercakap aje.ni andaian aku je.
memang seronok,memang seronok,kesannya selama dua jam menunggang,sakit gak belakang aku nih,pastu tambah ngan hitam lagi.hehee...bukan senang nak putih balik nih.beberapa tahun nak putih ,tp hanya 2jam membuat aku hitam daa.ada satu yang aku tak syok kat sini...hampeh punya arab Mesir(arab yg paling teruk dikalangan orang arab) aku kena tipu skit laaa.kata dia nak bawa pi piramid tp last2 aku kena jalan kaki pi piramid.memang tak da belas kasihan .dah laaa panas danjauh.
bayangkan merentasi padang psir pada waktu matahari diatas kepala,bermandikan peluh.berbekal kan beberapa botol air botol,mendaki bukit pasir yang terik...membuatkan aku nak tumpang je van pelancong...tapi duit ciput, buat cara ciput je lah kan...so jalan kaki gak sampai kat piramid sampai asar..nasib dah asar tak lah panas sangat. berlindung di belakang piramid .kami pun berehat.sampai hilang penat.tika menunggang kuda sakit belakang,kali nii tambah plak sakit kaki.wah macam menyesal plak.nak sesal pun dah habis berjalan..

akumemang benci ngan arab mesir niii.habis sumpah kitorang,dahla kena tipu masa naik kuda, kena tipu pulak masa beli air.akhir kali yang aku tak tahan masa kitorang nak balik,cari bas kan. adaka ka patut dia mainkan kitorang...dah tengah letih camtu sesenang je nak tipu kita orang.memang kena tipu.rupanya tunggu bas kat tempat dia cakap tu.boleh pulak dia cakap masuk dalam jalan lain.sesuka hati dia.tulah masa tahun pertama aku memang suka kawan ngan arab,dah maikn lama dah menyampah ngan arab niii....dah la tu k.nnti aku cerita lain pulak kehidpuan aku niii...