Wednesday, April 2, 2008

pesanan MB kita



Alor Star, 18 Mac 2008.

Pertemuan selama 10 minit bersama YAB Ustaz Azizan Razak selepas bergelar Menteri Besar Kedah amat bermakna buat saya sebagai mewakili anak-anak Kedah di Mesir, Syria dan Jordan. Pertemuan ini dimanfaatkan secukupnya untuk saya sampaikan taklimat sulung mengenai perkembangan anak-anak Kedah di Timor Tengah terutamanya yang berhubungkait dengan soal kebajikan. YAB Menteri Besar melahirkan rasa bangga dengan usaha-usaha proaktif yang sedang dijalankan oleh MKKK sehingga berjaya mengadakan Kuliah Online dan berjaya mengeluarkan beberapa buah buku. Sebuah Monograf Emas hasil kerjatangan gigih anak-anak Kedah telah dihadiahkan untuk YAB Menteri Besar sebagai bukti.

Kesempatan ini juga diambil untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan peranan yang mesti dimainkan oleh anak-anak Kedah untuk bersama membantu memperkukuhkan Kerajaan Negeri Kedah.Setelah ditanya bilakah YAB nak pi ziarah kami di Mesir, Syria dan jordan? Beliau menjawab “ Nanti sat….. bagi hilang penin dulu……nanti kita pi rasmi rumah baru sekali…” Beliau Di akhiri perbincangan dengan satu pesanan “ PESAN KAT DEPA SEMUA…MENGAJI RAJIN-RAJIN BALIK TOLONG KEDAH..”

Setelah selesai bersama YAB Ustaz Azizan, saya menghabiskan masa selama 20 minit bersama YB Cikgu Abdullah, EXCO Pendidikan. Banyak tajuk juga dibincang. Beliau memberi jaminan untuk memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk mengangkat martabat mahasiswa di Timor Tengah dan akan membantu sepenuhnya usaha yang sedang dijalankan.

p/s….kepada anda semua….lakukanlah sesuatu untuk menyahut cabaran ini- Bang Ya

No comments: