Monday, September 22, 2008

Kemaafan di Aidilfitri



Kemaafan di Aidilfitri

Ada masanya
Ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati
Teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya
Sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Diruang waktu bagai biduk lalu
Disamudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula
Terciptalah kemaafan terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Takkan lama ianya terpisah
Bertaut di Hari Raya

Pada Nur Ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan Syawal pun menyala
Kita raikannya indah bersaudara
Menjadi sebagai tangan kiri dan kanan
Yang sentuhan keduanya
Saling membersihkan
Kembali kepada fitrah kepada ukhuwah
kembali seluruhnya kepada Allah
Berkah di hari raya

Maafkan saja
segala sengketa lama
yang membeku dijiwa
Dibulan yang mulia
Hari yang bahagia
Moga ukhuwah
Terjalin selamanya.


(In Team)

Lagu: Abai Os
Lirik: Pahrol Mohd Joui & Abai Os

Wednesday, September 17, 2008

kagum aku.....

kagum sungguh aku...apa tu?? nak cita koranglah kan.pada suatu ari yang tenang,agak panas, didalam bulan puasa penuh barakah aku pegi Mansurah..bukan nak cerita pasal akhawat sana ye..hanya menemani teman amik duit kat bank.wah kagum susana kat bank tu..

nak mula cita nih. setelah aku buat urusan dan sedang menunggu, tetiba kedengaran azan dari dalam bank tersebut.pelik skit rasanya aku sbb kalau kat malaysia mana ada.tapi dah jd kebiasaan bila kita berada di sini. dlam ramai-ramai sesak tu ada yang pergi naik tingkat dua bank tu. tak kusangka bleh orang biasa naik tingkat bank tersebut.tan pa berlengah kami pun berfikiran untuk sembahyang dahulu pada tingkat dua bank tersebut.ramai juga sembahyang disitu..selepas wudu' aku pun keluar dan kelihatan sudah penuh kawasan solat di situ.kulihat di bawah. dihati ini terlintas mengata "manusia ni rasa tak bersalah ka, masih sibuk dengan hal-hal dunia sedangkan azan berkumandang di atas bank tersebut sahaja".tetapi yang menjadi aku kagum pabila melihat semua kaunter ditutup dan semua pegi solat.wahhhhh

kalau saudara berada ketika itu, rasanya sangat kagum ngan orang mesir ni dalam ibadat. bayangkan dalam sibuk bekerja diorang masih ingat pada Tuan pencipta.
lagi cuba lihat masih ramai di situ pelbagai masalah mungkin berlaku (rompakan contohnya).ini membuktikan bahawa sebenarnya Islam mampu dilaksanakan di mana sahaja tempat, dan waktu bukan itu malah sebenar nya Islam adalah agama yang menjamin kesejahteraan penganutnya...semua orang tak perlu rasa takut,rasa selamat bila berada di bawah payungan Islam..inilah ISlam sebenar...


di Malaysia,suasana ini hanya dapat aku lihat di negeri Kelantan sahaja.ketika mana pasar malam bermula,pabila azan magrib diperdengarkan, lansung semua pergi ke masjid berdekatan..pasar malam berhenti seketika.semua orang paham dengan Islam.jadi dapat kita lihat kwswjahtwraan yang di bawa oleh Islam.

senang kata, Islam bukan Terrorist.....