Tuesday, April 27, 2010

Dialog Bersama Gadis Perokok Tegar.. Dah Biasa La..

Dialog Bersama Gadis Perokok Tegar.. Dah Biasa La..

''Saya mula merokok ketika tingkatan dua. Masa tu saya mula clubbing dan kawan-kawan pun merokok. Lagi pun kakak-kakak saya merokok, so no hallah merokok ni.

''Pernah kantoi bila mak dan ayah saya terjumpa kotak rokok dalam tas tangan, tapi saya bagi alasan rokok tu kawan yang punya.''



Selamba gadis cantik itu bercerita tatkala penulis berkesempatan melepak dengan dia dan seorang lagi temannya yang juga seorang perokok.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Ema tidak keberatan bercerita tentang tabiat merokok yang disifatkan sebagai biasa di kalangan 'gadis KL'.

Sebelum sempat penulis bertanya lanjut, dia pantas mengajukan soalan:

''Kenapa nak tahu pasal gadis-gadis merokok, benda ni biasalah, tak best nak tulis pun, sebab kat KL ni budak perempuan merokok bukan luar biasa.''

Penulis menjawab disebabkan merokok jadi fenomena biasalah yang menarik perhatian penulis untuk mengetahui apa sebenarnya punca kegilaan itu.

Ema memberitahu, sebagai anak jati KL yang dibesarkan dalam suasana bebas, terjebak dalam aktiviti merokok pada usia belasan tahun adalah perkara biasa. Dia mengakui ibu bapanya marah jika tahu anak-anaknya merokok tetapi dia dan kakak-kakaknya bijak menyimpan rahsia.

Pendedahan awal yang menjebak dirinya dengan rokok adalah clubbing.

''Dalam club semua orang hisap rokok, saya dan kawan-kawan pun merokok sebab nak jadi macam orang lain,''
katanya sambil memberitahu tabiat merokoknya itu bagaimana dapat dihentikan sebaik memasuki tingkatan tiga hingga ke tingkatan lima.

Ditanya apa jadi selepas itu, dia merenung jauh sambil menyingkap kisah cintanya yang gagal menyebabkan dia betul-betul kecewa dan menjadikan rokok sebagai pengubat lara.

Bermula dari situ, dia tidak menoleh lagi. Memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan alasan untuk dia berhenti, malah ketagihan merokok semakin menjadi-jadi. Dia sanggup tak makan asalkan dapat membeli rokok.

Dia pernah melepaskan gian merokok di dalam ruang kecil yang menempatkan hos bomba, bayangkan ruang sesempit itu pun 'halal' asalkan ketagihan dapat dilepaskan.

Segala-galanya menjadi mudah buat Ema apabila dia tinggal di rumah sewa. Tidak ada halangan langsung, dia dan rakan-rakan 'seangkatan' bebas merokok sesedap hati.

''Saya menjadi perokok tegar. Malah rakan-rakan saya menyamakan saya dengan perokok lelaki. Dua kotak besar sehari perkara biasa. Atau paling kurang pun satu kotak setengah maknanya sekurang-kurangnya 30 batang sehari,''
...... katanya.

Ditanya apa sebenarnya kepuasan yang dia dapat daripada merokok, Ema mengakui tiada kepuasan cumanya apabila tidak merokok bibirnya akan bergetar dan tekak berasa pahit.

Waktu wajib merokok bagi gadis berkulit putih kemerahan itu adalah bangun pagi, selepas makan tengah hari dan sebelum tidur. Malah dia mengakui merokok semasa membuang air besar adalah satu nikmat yang tidak boleh diceritakan.

Kebiasaannya, menurut Ema, perokok wanita akan bermula dengan rokok Sempoerna diikuti Malboro Light dan akhirnya jenama-jenama berat seperti Dunhill.

Ditanya mengapa, dia memberitahu, rokok Sempoerna menawarkan rasa manis jadi tidak terlalu berat untuk beginner manakala Malboro agak ringan.

Dia sendiri sehingga kini setia dengan Dunhill Light. Mengenai sama ada dia masih terikat dengan kisah putus cinta di tengah jalan menyebabkan tabiat merokok masih berterusan, Ema berterus terang telah menemui cinta baru.

''Bestnya sebab tunang saya tak kisah saya merokok. Dia pun merokok juga,''
..... petah dia menjawab sambil tersenyum.

Dia menyambung sembangnya, kegilaan clubbing berterusan menyemarakkan ketagihan merokok. Alasannya, di club ramai yang minum arak dan dia serta kawan-kawannya tak mahu terjebak dengan minuman keras lantas meneruskan tabiat merokok.

Mala, teman kepada Ema pula menjadikan stres sebagai punca dia merokok. Segala tekanan yang dihadapinya sebagai remaja akan lenyap bersama setiap sedutan asap rokok yang memenuhi paru-parunya. Melihat kepulan asap rokok yang dihembus terutama dalam suasana tenang umpama membiarkan segala masalah lenyap begitu saja.

Seperti Ema, dia juga setia dengan Dunhill Light tetapi tidak setegar Ema yang mampu menghisap 30 batang rokok sehari. Tabiat merokok Mala bermula agak lambat iaitu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Dia mengakui pergaulan bebas mendorongnya merokok sehingga selepas beberapa tahun tabiat itu menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Ditanya betulkah rokok boleh menghilangkan stres atau itu hanya psiko, Mala tersenyum manja dan manis.

''Saya rasa memang betul sebenarnya rokok bukan melegakan stres cumanya saya percaya ia begitu, maka jadilah begitu,''
...... ujarnya.

Ema dan Mala tidak dapat menjangkakan bila mereka mahu berhenti merokok. Bagi Ema yang sedang menunggu hari bahagia, perkahwinan tidak mungkin menghentikan tabiat itu. Lantaran tidak ada janji antara dia dan bakal suami yang mengikatnya untuk berhenti merokok.

''Tengoklah mungkin kalau mengandung mungkin baru berhenti kut,''
........ katanya.

Mengenai kegilaan gadis-gadis merokok, Ema berpandangan kebanyakannya hanya mengikut trend. Ada juga yang mahu kelihatan moden terutama gadis-gadis dari luar Kuala Lumpur. Kononnya merokok menunjukkan mereka ada gaya, hebat dan trendy - tidak seperti Ema yang terbelenggu oleh tabiat itu disebabkan ketagihan.

Dia akan berasa geram tidak terhingga dan marah-marah jika tidak dapat merokok. Ketegaran menyebabkan anak gadis yang mencecah usia 25 tahun itu tidak pernah peduli cakap-cakap atau pandangan orang lain. Malah dia pernah bertekak dengan seorang mak cik kerana menegur tabiatnya itu.

Saya melihat jari jemari Ema dan Mala. Bersih bukan seperti kebanyakan perokok.

Seperti dapat membaca pengamatan saya, Ema menyambung bicara:

''Saya bertuah kerana walaupun perokok tegar tetapi kesannya fizikalnya tidak nampak.
''Tapi terus terang saya sudah mula rasa sakit dada dan kadang kala sesak nafas, pastinya akibat merokok.''

Mengenai gambar-gambar ngeri di kotak rokok, kedua-dua gadis itu tersenyum sinis

Sememangnya bersembang dengan Ema dan Mala tidak cukup untuk saya menyelongkar apa sebenarnya di sebalik fenomena merokok di kalangan gadis remaja.

Tetapi yang pasti, ada sesuatu yang kurang dan tidak kena dalam masyarakat kita sehinggakan gejala merokok di kalangan gadis remaja kini dianggap trend.

p/s : Peliharalah anak gadis anda.. Siapakah yang mendidik mereka sehingga menjadi sebegini.. Di manakah Islam yang diagung-agungkan oleh kerajaan?

Sumber : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/dialog-bersama-gadis-perokok-tegar-dah.html

Saturday, April 24, 2010

perbezaan dua dunia....




Alhamdulillh..cukup 22 April 2010, tamatlah aku seorang guru ganti di Maktab Mahmud Pokok Sena, Kedah.banyak ku pelajari sebagai seorang ustaz yang berhadapan dengan pelajar menengah rendah dan menengah atas terutama pelajar Tingkatan Enam. Bukan mudah untuk menghadapi semua ini rupanya..namun telah tertulis aku sebagai guru.perlu berani dalam menegakkan pendidikan ini.

Namun, Banyak perbezaan pengalamn aku berbanding di sekolah Menengah Syed Sirajuddin, Perlis yang telah berlalu.masing-masing mempunyai kelebihan.

Dari segi pengurusan dan disiplin adalah berpihak kepada sekolah menengah. memang kagum. bayangkan setiap guru mempunyai laci khas bagi menyampaikan berita atau segala macam bentuk tugas. cukup teratur dari segi peraturan sekolah terhadap pelajar. kiranya , setiap hari aku akan mendapat surat walaupun rasanya perkara kecil. Pertama sekali aku melangkah di sekolah tersebut, pelbagai syarat dan permintaan perlu aku penuhi dengan segera. di sana masa bagiku terlalu sempit walaupun aku hanya mengajar selama tiga minggu. Tetapi bagi pelajar dari segi syaksiah dan minat belajar amatlah menyedihkan. Sekolah dianggap seperti untuk meluangkan masa sahaja.Pernah ku terjumpa seorang pelajar ketika mana di Kedai internet setelah selesai waktu sekolah. kami bertegur sapa dan kutanyakan kenapa tak dak di kelas td..katanya dengan selamba je... demam ustaz.demam apanye..klu bleh pi cc ni.



Bagi Sekolah Agama pulak. bab pengurusan agak ketinggalan.pertama sekali aku pijak di sekolah. dah tersa banyak kekurangan dari segi pegurusan.aku biarkan saja masalah disiplin, pada pandangan aku pelajarnya agak terdidik dengan disiplin...bagus, pelajar di sini memang bagus dari segi disiplin tanppa perlu kepada syrat-syarat yang ketat.pelajar memahami peranan masing-masing.selain itu, minat belajar sungguh mengagumkan.bukan hendak menyebelahi sebelah pihak. tetapi ini realiti. bayangkan sepatutnya bagi subjek tertentu tidak memerlukan kepada kelas tambahan. mereka telah meminta dengan persetujuan sekolah untuk meluangkan masa guru untuk mereka mencari ilmu tambahan.masa bagi pelajar cukup padat tetapi bagi guru amay longgar.best gak camtu.hehehhe.dari pagi sampai petang ada kelas.kelas di waktu pagi dan kelas tambahan di petang hari.malamnya pula,pengajian rohani pulak diadakan.kekadang tersa kasihan pulak... tetapi ini permintaan mereka..Allah, sejuk hati ibu yang mengandung kan.Walaupun aku dah tamat mengajar, tetapi guru kelas tambahan tetap aku pegang atas permintaan pelajar.

oklah, rasanya dah cukup bagiku meluahkan segala yang terbuku walaupun tiada hujah yang lebih mendalam, 'detail' kata orang putih. di mana dunia pun ada kekurangan dan ada kelebihannya.

Tuesday, January 19, 2010

dunia baru lg...


suasana baru telah kutempuhi...dunia yang telah lalu dunia pengajian...kini jauh perjalanan bukan melangkau benua tetapi mengarah ke utara.....perlis darussunnah...hehehehe..utara semenanjung malaysia....sek men syed sirajuddin menjadi tempat penginapan ku....mencari secebis pengalaman dab kenangan.bergelar sebagai guru pendidikan islam, ku melangkah perlahan menuju ke arah yang dikenali alam pekerjaan. walaupun belum ku menyiapkan persediaan ke arah utara tersebut...


tidak kusangka menyedihkan umat malaysia yang bergelar melayu...yang berbangga dengan kemajuan, langsung tidak mengendahkan pembangunan institusi yang digelar "islamic life".yang cepat berang dengan isu semasa menghina islam...kemana islamic dalam diri. ramai daeipada anak muda tidak mampu membaca alquran. Lenapa? alangkah lebih teruk tidak tahu macamana nak mandi wajib, sembahyang...sebagai calon PMR, bukanlah umur yang setahun jagung dalam dunia ibadat...biarlah gelap mata memandang..tetapi jangan buta hati dengan ilmu Allah. biarlah kita melangkah sedikit tetapi kita dapat yang dikatakan ilmu.

kalu sahabat sekalian bersama di sini, kalian mungkin pening bukan kerana letih bekerja, tetapi pening camana nak buat dengan yang digelar harta akan datang ini (anak muda) renungkanlah.....

Wednesday, January 6, 2010

Bintang bakal musnah bumi


LONDON: Pakar astronomi mendedahkan semalam yang sebutir bintang dijangka meletup begitu kuat hingga dapat memusnahkan bumi.

Ia akan musnah sendiri dalam letupan yang dikenali sebagai supernova dengan kekuatan yang sama dengan 20 bilion bilion bilion mega tan bahan letupan. Kajian terbaru menunjukkan bintang itu, T Pyxidis, berada lebih dekat dengan jangkaan sebelum ini, 3,260 tahun cahaya, satu lompatan pendek dalam kiraan galaksi.


Kesan letupan termonuklear itu boleh memusnahkan lapisan ozon bumi yang menjadi penghalang radiasi berbahaya. Jika keadaan itu berlaku, kehidupan di bumi akan rentung.


Senario hari kiamat itu didedahkan semalam oleh pakar astronomi dari Universiti Villanova di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka berkata, satelit penjelajah ultraviolet antarabangsa menunjukkan kepada mereka bahawa T Pyxidis sebenarnya terdiri daripada dua bintang, satu digelar kenit putih yang menyedut gas dan semakin membesar. Apabila mencapai berat kritikal, ia akan meletup sendiri. Ia akan bercahaya seperti semua bintang lain dalam galaksi yang disatukan.


Pakar berkata, teleskop angkasa lepas Hubble merakamkan gambar bintang itu dengan beberapa siri letupan kecil yang dipanggil novas.


Letupan itu sering berlaku setiap 20 tahun bermula pada 1890 tetapi terhenti selepas 1967.


Ini bermakna letupan untuk 20 tahun berikutnya sudah tertangguh, kata saintis, Edward M Sion, Patrick Godon dan Timothy McClain dari Perstuan Astronomi di Washington.


Robin Scagell, Naib Presiden Persatuan Astronomi Popular berkata: “Bintang itu mungkin menjadi supernova sedikit masa lagi. Bagaimanapun, tempoh itu masih terlalu jauh. Jangan bimbang.” - Agensi -Sumber Akhbar Metro

Saturday, January 2, 2010

kisah Nabi Zulkifli a.s

Siapakah Nabi Zulkifli a.s?
Nabi Zulkifli a.s adalah anak kepada Nabi Ayub a.s dan asal nama beliau ialah Basyar ibn Ayub.
Zulkifli membawa makna kepada "orang yang sanggup". Allah s.w.t telah mengangkat beliau sebagai rasul setelah ayahnya Ayub a.s,
dan beliau dimasukkan oleh Allah sebagai orang yang sabar.




Ertinya :
Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar.dan Kami rahmati semua mereka, kerana mereka adalah orang yang berbuat baik.surah anbiya :85,86



Selembar kisah :
pada zaman beliau, ada seorang raja yang sudah tua dan tidak berdaya lagi. raja itu ingin menyerahkan takhtanya kepada orang yang dapat bertanggungjawab dalam menjalankan amanat umat dan orang yang bertakwa kepada Allah swt.

Oleh kerana itu, raja telah menghimpun semua rakyat jelata untuk memilih sesiapa yang sanggup menjadi raja dengan syarat – syarat yang tertentu. Dihadapan rakyatnya raja berkata : “ Siapakah diantara kamu yang sanggup berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari dan tidak marah- marah, maka kepadanya aku serahkan takhta ini, kerana aku sudah tua ? “.

Berdirilah seorang pemuda bernama Basyar denagan mengacungkan tangannya seraya berkata :” Saya sanggup”. Kemudian raja mengulangi lagi , katanya :” Siapakah diantara kamu yang sanggup berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari dan tidak marah- marah, maka kepadanya aku serahkan takhta ini“.

Berdiri lagi pemuda tersebut dengan mengacungkan tangannya seraya berkata :”Aku sanggup”. Demikianlah berulang raja berkata seperti itu dan brulang pula sahutan pemuda itu menyebut :’ Saya sanggup”.

Oleh kerana itu, kerajaan pun diserahkan kepada beliau kerana tiada seorang pun yang sanggup menerima amanah tersebut.

Zulkifli menjadi raja.
Seperti janjinya, Nabi Zulkifli a.s mengatur waktunya. Siang hari dia berpuasa dan malamnya untuk beribadat, tidurnya diatur dan masa yang banyak adalah untuk menguruskan umatnya.

Pada suatu hari, dating Syaitan menggodanya, mengadukan barangnya dirampas orang. Pada ketika tersebut adalah waktu raja hendak tidur, lalu diserahkan kepada wakilnya.tetapi syaitan menolak melainkan raja sahaja yang dikehendakinya. Godaan syaitan tidak berjaya, apabila raja iaitu Nabi Zulkifli tidak marah dan menyelesaikan amanah tersebut..

Pada peristiwa lain, ketika satu peperangan terhadap orang yang durhaka kepada Allah swt. Rakyat menolak untuk berperang keran cintakan hidup di dunia, lalu meminta raja berdoa agar tidak mereka mati semasa berperang..Beliau tidak marah lalu berdoa. Dan dikabul oleh Allah swt.

Begitulah kisah Nabi Zulkifli a.s dalam menghadapi dugaan dan memegang janjinya.


Hikmah.

1) sabar menghadapi pelbagai dugaan tanpa persaaan marah.
2) Bertambah menjadi raja, bertambah iman dan takwa kepada Allah swt.
3) Memegang janji yang dikotakan, bukan seperti pemimpin sekarang yang mementingkan duit poket, mengabaikan tanggungjawab dan amanah serta janji.
4) Mementingkan orang lain berbanding diri sendiri walau dalam apa keadaan.
5) Berani menerima cabaran dan amanah kerana takut jatuh amanah yang besar kepada orang yang zalim.
6) Tidak berebut untuk menjawat (gila jawatan) jawatan tinggi melainkan tujuan yang ikhlas.
7) Tidak takut mati di dalam peperangan. Bantuan Allah pasti datang kemudian.

Saturday, November 28, 2009

terima kasih semua...





salam sahabat2 semua....selamat ari raya aidiladha,,,,kullu am wantum bikhair..alhamdulillah ana kini sudah berada di malaysia setelah tamat pengajian di mesir bagi sesi 2008 / 2009 .terima kasih kpd semua yang banyak membantu ana dlama perjuanagan di bumi mesir....segala jasa kalian amatlah dihargai oleh ana...

walaupun hanya sedetik cuma kita bertemu..terjalin ukhuwah yang amat ertat dikalangan kita...walaupun jauh dimata tetapi dekat dihati..memang benar kata orang..rindu kepada sahabat yang berada di mesir dirasai...kerenah arab yang kacau bilau pun masih di ingatan heheheh...zikrayat yang tak mungkin dilupakan...



merentasi masa dan lautan bukanlah satu jarak yang dekat, bukan suatu perkara yang mudah ,susah untuk dirungkaikan rasa rindu dan sayang terhadap sahabat, terutama yang satu kuliah, ust aizam, ust taufik, ust azmil...dan ahli bait ust makhzani, ust aizam, ust fikri. serta ahli bait ust wizan yang banyak membantu ana di perlembahan nil....

kenangan demi kenangan dilalui....kalian lah sahabat ana.............

Saturday, July 25, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa ash-Sharbini




Sedih & Pilu.. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pengkebumian the King of Pop, Michael Jackson atau lebih dikenali dengan panggilan Jacko yang begitu gegap gempita di seluruh television kita sepanjang hari. Beberapa stesyen tv menayangkan tayangan eksklusif secara langsung dari AS acara penghormatanterakhir bagi si Raja Muzik Pop sampai ke pagi! Dan entah berapa juta mata masyarakat Malaysia yang sanggup menahan ngantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tetapi saya sedih, kerana pada saat yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang InsyaAllah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya demi agamanya.

Marwa Ash-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang cukup anti-Islam dan anti-Muslim. Tetapi berita ini, sama sekali tidak kelihatan mahupun terpampang di kaca-kaca tv kita, negara yang majaroti penduduknya Muslim malah digelar sebagai Negara Islam al-Hadhari, bahkan mungkin, tidak ramai dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Ash-Sharbini.





Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Ash-Sharbini ke tempat persemadiannya yang terakhir, memang mungkin lebih ramai yang menangisi kepemergian Raja Pop Michael Jackson. Marwa Ash-Sharbini hanyalah seorang ibu dan bukanlah orang ternama mahupun superstar seperti MJ. Tetapi kepemergian Marwa Ash-Sharbini adalah lambang jihad paling agung seorang muslim di abad ini. Marwa Ash-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia sanggup menggadaikan nyawanya.

Marwa Ash-Sharbini ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian ini rentetan dari sebutan kes dimana seorang pemuda jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai 'teroris' hanya kerana ia memakai tudung 'jilbab'. Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas tudung 'jilbab' Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana ia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman. Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang kini dalam keadaan cedera parah di hospital Dresden.

Peristiwa ini diam begitu sahaja dari laporan-laporan media massa Jerman mahupun dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah seorang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Sudah tentu beritanya agak lebih meluas dan gempar ke seluruh dunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson yang mengharubirukan dunia itu. Tidak ada langsung berita berkenaan pengkebumian Syahidah Marwa Ash-Sharbini yang mendapat jolokan "Pahlawan Jilbab". Malah tidak ada langsung protes dari dunia Islam, khususnya negara asalnya Mesir atas kematiannya, dimanakah OIC pada ketika itu?. Tidak ada langsung tangisan kaum muslimin seluruh dunia untuknya. Tetapi tidak mengapa Marwa Ash-Sharbini, kerana engkau telah dijanjikan suatu tempat yang paling mulia dan istimewa di sisiNya ALLAH SWT.

Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, Serikandi Islam, Pahlawan jilbab, maafkan kami di atas ketidak pedulian ini… Al-Fatihah...

-ibnumustafa-

- sumber : dari blog Sesemut Emas.